Monday, March 14, 2011

Coklat Door Gift untuk Si Kecil

Tempahan coklat door gift untuk si kecil di order oleh Pn.Azreina untuk majlis perkahwinan adiknye Fahmy & Baity di JB.
Dalam kesibukan kami menyediakan untuk tempahan yang besar2, sempat lagi selitkan 2-3 tempahan last minute.

Harap customer puas hati.



250 pieces of Teddy Bear with Balloons Lollipop
RM2 each

Selamat Pengantin Baru untuk Fahmy & Baity !



Friday, March 11, 2011

Informasi Penting untuk semua bakal pelanggan Coklat (Chocolates) DinFa

Ramai pelanggan yang berada di luar kawasan Lembah Klang bertanya, kenapa DinFa tidak menyediakan servis penghantaran melalui pos.


Ada beberapa sebab tertentu membuatkan kami tidak mahu menanggung risiko.

1) Kos Penghantaran mahal yang pelanggan perlu tanggung - kos pos, kos foam box
2) Takut barang dicuri - pernah terjadi pada rakan kami, yg mana kotaknya dibuka dan coklat kat dalam hilang. Ambik masa nak buat report dan claim.
3) Takut coklat rosak - terutamanya coklat hantaran.. Kita dah gubah cantik2, bila sampai kat pelanggan, abis comot kotaknya.

Bila pelanggan bayar kos pos yang mahal, semestinya pelanggan mahukan coklatnya sampai dengan sempurna,seperti mana yang ditempahnya. Akan tetapi, tak semua rakan niaga seangkatan akan mengalami perkara yang sama,cuma kami di DinFa mengambil langkah berjaga-jaga. Prefer to meet the customer face to face... hihihi

Buat pelanggan yang berada diluar kawasan, boleh sahaja menempah dengan peniaga2 homemade coklat di tempat2 berdekatan anda..senang aje nak cari.. boleh aje cari pakai cik Google kita nie..

Untuk bakal2 pelanggan yang mahu berurusan dengan DinFa HomeMade Deli, kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran tetapi kami ada beberapa pilihan pick-up point seperti berikut:-
  • Taman Lestari Putra (Near Pasar Borong Selangor/ Taman Equine) - Anytime
  • Bandar Baru Bangi - Anytime
  • Cyberjaya - During Office Hour - Weekdays only

 Untuk tempahan yang melebihi 1000 keatas, kami menyediakan khidmat penghantaran percuma untuk kawasan-kawasan sekitar Taman Equine, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi atau Putrajaya. Untuk kawasan2 lain, mungkin ada caj minima akan dikenakan.


 Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami di dinfa_deli@yahoo.com atau 012 310 1844

Wednesday, March 09, 2011

Coklat untuk Wedding Goodies Bag & Coklat Lollipop

Bulan Feb lepas adalah bulan rezeki buat DinFa. Tak putus-putus dapat order untuk majlis kahwin, sama ada untuk coklat door gift ataupun coklat hantaran. Di selang seli dengan order majlis Aqiqah dan Birthday party.
Salah satu nya adalah order dari Liza untuk majlis kahwin adik nya di Shah Alam.

Memandangkan mereka menggunakan goodies bag untuk diberikan kepada tetamu, dia meminta untuk re-pack coklat praline sebiji-biji... dan juga chocolate lollipop plain untuk tetamu-tetamu kecil.

1000 pieces Praline Lite Chocolate in fancy wrapping plastic (individual packing)
Filling : Almonds
Price RM0.80 each (inclusive packaging)
Theme : Blue



300 pieces of Teddy Bear with Balloons Lollipop - for the kids
RM2 each

Thank you Liza!

Thursday, March 03, 2011

Chocolate Door Gift for Wedding / Coklat Door Gift: Suraya & Abdul Rahim

Kak Siti dari Kajang sudah seawal 3 bulan menempah coklat doorgift untuk majlis kenduri kahwin anaknya. Tempahan coklat 3 cavaties ini memang antara produk coklat yang popular dari DinFa untuk majlis-majlis besar.


1,000 pieces of 3 pieces pralines with ribbons & tagging.

3 pieces Praline Lite Chocolate in fancy wrapping plastic with ribbons
Filling : Almonds, Oreo Marble & Hazelnut
Price RM2.80 each (inclusive tagging)
Theme : Maroon


Sebagai tanda terima kasih, DinFa berbesar hati menyelitkan beberapa coklat Teddy Lollipop buat tuan rumah.




Selamat Pengantin Baru
Suraya & Abdul Rahim !

Tuesday, March 01, 2011

Informasi Asas Mengenai Coklat

Untuk kengkawan yang baru menceburi bidang pembuatan coklat atau mungkin baru teringin nak mencuba membuat coklat. Serba sedikit informasi asas yang boleh saya kongsi disini.

Kebiasaan kita akan jumpa atau lihat ini, white chocolate, milk chocolate, semisweet chocolate and unsweetened chocolate di pasaraya-pasaraya besar atau di kedai-kedai yang menjual barang-barang kuih. Apa beza antara coklat-coklat ini semua ?

*pic : credit to Google

Hah.. mari kita lihat....

Milk Chocolate - Coklat susu


Coklat susu mengandungi campuran cocoa butter, susu dan gula. Rasanya lebih manis jika dibandingkan dengan coklat lain. Kandungan koko sekitar 20%. Kebanyakan coklat atau gula-gula yang dijual dikedai-kedia mengunakan coklat susu sebagai bahan utama. Coklat susu bukanlah pilihan yang sesuai untuk membuat kek atau biskut. Disebabkan kandungan koko yang rendah, coklat ini mudah hangus jika dimasak.

Contoh coklat yang biasa kita lihat : Cadbury , Hershey


White Chocolate - Cokat Putih

Coklat Putih mengandungi campuran cocoa butter, gula, susu dan vanilla.Ia tidak dibuat dari biji koko tapi penggunaan lemak koko digunakan untuk mendapatkan rasa dan tekstur coklat. Coklat putih rasanya lebih manis dari coklat susu. Kebanyakan cokalt yang ditambah pewarna, menggunakan coklat putih sebagai base warna untuk mendapatkan warna-warna yang dingini.

Dark Chocolate - Coklat pahit / Separuh manis

Dark chocolate juga dikenali sebagai "pahit" atau "semisweet" coklat. Ia mengandungi peratusan koko yang tinggi (hingga 75%) dari pepejal koko, dan sedikit (atau tidak) gula ditambah. Semisweet coklat memiliki rasa coklat yg berlemak, dan boleh ditemui di dalam gula-gula dan coklat potongan (cip) yang digunakan dalam pembuatan kek, kuih atau biskut.


Unsweetened chocolate / Cooking chocolate

Coklat pahit yang mengandungi hampir 100% pepejal koko, dan tidak ada tambahan gula atau produk susu. Ia digunakan terutama untuk pembuatan kek atau biskut, Walaupun ia merupakan coklat yang tulen, ianya terlalu pahit untuk makan begitu sahaja.

Monday, February 07, 2011

Celebration for Rania & Zharif

Zana has ordered 2 sets of chocs for 2 different occasion.
The all PiNk Lolly for her niece's birthday.
The GrEEN door gift for her son's Cukur Jambul during last CNY weekend.



 35 pieces of
Teddy Bear Lollipop (Mixed Pattern) 
RM2.00 - RM2.50 each (depending on various pattern)
Tagging : additional 10cent each
Pick -up Area : Cyberjaya


2 pieces Praline Lite Chocolate in fancy wrapping plastic with ribbons
Filling : Almonds
Price RM1.60 each (inclusive tagging)
Theme : Green

Thank you Zana!


Tuesday, February 01, 2011

Wedding Favors for Kids

Chocolate Lolly ordered by Abi for her weddings last weekend at Seremban.

200 pieces of
Teddy Bear with Balloons Lollipop - for the kids
RM2 each
Pick -up Area : Putrajaya


CONGRATULATION TO ABI & PARTNER ON THEIR WEDDING !
Semoga Bahagia hingga ke Anak Cucu.... AMIN

 

Wednesday, January 19, 2011

Hantaran Perkahwinan

Salah satu dulang dalam Hantaran Perkahwinan Saifuddin untuk bakal isteri beliau ialah tempahan coklat dari Dinfa Hommy Deli.

HomeMade Lite Chocolate with Various Flavor
Customize Chocolate Box with Butterfly (excluding the big ribbon on top)
36 pieces
Filling : Almonds, Hazelnut, Oreo Marble, Plain
RM70 per set



Terima kasih buat ibu Saifuddin, Puan Fauziah atas tempahan coklat hantaran untuk majlis anakanda beliau.

Tuesday, December 14, 2010

Coklat Door Gift for Wedding - Location : Bandar Baru Bangi

Recommendation from previous customer at MARA office, Kak Fuziah has decided to engage with us for her only son's wedding.


1,200 pieces of 3 pieces pralines with ribbons & tagging.

3 pieces Praline Lite Chocolate in fancy wrapping plastic with ribbons
Filling : Almonds, Oreo Marble & Hazelnut
Price RM2.80 each (inclusive tagging)
Theme : Chocolate & Gold


Congratulation IQBAL & RODHIYAH !



Monday, December 13, 2010

Pink It Is ! Congratulation Sue & Azrai !

Order diterima dari Sue untuk door gift majlis pertunangan beliau.

70 pieces of 2 pieces Praline

30 pieces of Teddy Bear with Balloon. 

2 pieces Praline Lite Chocolate in fancy wrapping plastic with ribbons
Filling : Almonds
Price RM1.60 each (with tagging) 
Theme : Pink
(min order 50 pieces)

Selamat Bertunang Sue & Azrai!


Belum cuba belum tahu...