Tuesday, March 01, 2011

Informasi Asas Mengenai Coklat

Untuk kengkawan yang baru menceburi bidang pembuatan coklat atau mungkin baru teringin nak mencuba membuat coklat. Serba sedikit informasi asas yang boleh saya kongsi disini.

Kebiasaan kita akan jumpa atau lihat ini, white chocolate, milk chocolate, semisweet chocolate and unsweetened chocolate di pasaraya-pasaraya besar atau di kedai-kedai yang menjual barang-barang kuih. Apa beza antara coklat-coklat ini semua ?

*pic : credit to Google

Hah.. mari kita lihat....

Milk Chocolate - Coklat susu


Coklat susu mengandungi campuran cocoa butter, susu dan gula. Rasanya lebih manis jika dibandingkan dengan coklat lain. Kandungan koko sekitar 20%. Kebanyakan coklat atau gula-gula yang dijual dikedai-kedia mengunakan coklat susu sebagai bahan utama. Coklat susu bukanlah pilihan yang sesuai untuk membuat kek atau biskut. Disebabkan kandungan koko yang rendah, coklat ini mudah hangus jika dimasak.

Contoh coklat yang biasa kita lihat : Cadbury , Hershey


White Chocolate - Cokat Putih

Coklat Putih mengandungi campuran cocoa butter, gula, susu dan vanilla.Ia tidak dibuat dari biji koko tapi penggunaan lemak koko digunakan untuk mendapatkan rasa dan tekstur coklat. Coklat putih rasanya lebih manis dari coklat susu. Kebanyakan cokalt yang ditambah pewarna, menggunakan coklat putih sebagai base warna untuk mendapatkan warna-warna yang dingini.

Dark Chocolate - Coklat pahit / Separuh manis

Dark chocolate juga dikenali sebagai "pahit" atau "semisweet" coklat. Ia mengandungi peratusan koko yang tinggi (hingga 75%) dari pepejal koko, dan sedikit (atau tidak) gula ditambah. Semisweet coklat memiliki rasa coklat yg berlemak, dan boleh ditemui di dalam gula-gula dan coklat potongan (cip) yang digunakan dalam pembuatan kek, kuih atau biskut.


Unsweetened chocolate / Cooking chocolate

Coklat pahit yang mengandungi hampir 100% pepejal koko, dan tidak ada tambahan gula atau produk susu. Ia digunakan terutama untuk pembuatan kek atau biskut, Walaupun ia merupakan coklat yang tulen, ianya terlalu pahit untuk makan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Belum cuba belum tahu...