Friday, March 11, 2011

Informasi Penting untuk semua bakal pelanggan Coklat (Chocolates) DinFa

Ramai pelanggan yang berada di luar kawasan Lembah Klang bertanya, kenapa DinFa tidak menyediakan servis penghantaran melalui pos.


Ada beberapa sebab tertentu membuatkan kami tidak mahu menanggung risiko.

1) Kos Penghantaran mahal yang pelanggan perlu tanggung - kos pos, kos foam box
2) Takut barang dicuri - pernah terjadi pada rakan kami, yg mana kotaknya dibuka dan coklat kat dalam hilang. Ambik masa nak buat report dan claim.
3) Takut coklat rosak - terutamanya coklat hantaran.. Kita dah gubah cantik2, bila sampai kat pelanggan, abis comot kotaknya.

Bila pelanggan bayar kos pos yang mahal, semestinya pelanggan mahukan coklatnya sampai dengan sempurna,seperti mana yang ditempahnya. Akan tetapi, tak semua rakan niaga seangkatan akan mengalami perkara yang sama,cuma kami di DinFa mengambil langkah berjaga-jaga. Prefer to meet the customer face to face... hihihi

Buat pelanggan yang berada diluar kawasan, boleh sahaja menempah dengan peniaga2 homemade coklat di tempat2 berdekatan anda..senang aje nak cari.. boleh aje cari pakai cik Google kita nie..

Untuk bakal2 pelanggan yang mahu berurusan dengan DinFa HomeMade Deli, kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran tetapi kami ada beberapa pilihan pick-up point seperti berikut:-
  • Taman Lestari Putra (Near Pasar Borong Selangor/ Taman Equine) - Anytime
  • Bandar Baru Bangi - Anytime
  • Cyberjaya - During Office Hour - Weekdays only

 Untuk tempahan yang melebihi 1000 keatas, kami menyediakan khidmat penghantaran percuma untuk kawasan-kawasan sekitar Taman Equine, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi atau Putrajaya. Untuk kawasan2 lain, mungkin ada caj minima akan dikenakan.


 Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami di dinfa_deli@yahoo.com atau 012 310 1844

No comments:

Post a Comment

Belum cuba belum tahu...